Jumaat, 22 Januari 2016

Ryobi 44 Koleksi Lama Buatan Ryobi Limited, Japan

Selamat tahun baru 2016 buat semua Sahabat MTS. 

Artikel ringkas yang pertama pada tahun ini adalah berkisar pada informasi mengenai sebuah kekili pancing lama yang telah dikilangkan oleh Syarikat Ryobi Limited, Japan sekitar tahun 70an. 
Kekili yang dimaksudkan adalah Ryobi 44 (Spinning Reel 1130) dan merupakan kekili gegulung aksi sederhana berat direka untuk kegunaan memancing air tawar. 



Ryobi 44 kekili pancing dari
era 70an
Ryobi 44  adalah kekili buatan Jepun yang telah dipasarkan sekitar Eropah pada tahun 60-70an khusus untuk memenuhi permintaan dari peminat kekili jenama Ryobi di sana. Buat masa ini tiada informasi tepat mengenai tarikh sebenar kekili ini dikilang. MTS mendapati rekabentuk dan teknologi pembuatan yang telah diguna pakai pada kekili ini adalah ringkas serta bahan yang digunakan untuk melahirkan kekili ini mempunyai daya ketahanan yang baik serta tahan lama. 




Rekabentuk Old Skool yang ringkas

Ryobi 44 telah dilengkapi dengan kombinasi gear ratio rendah (3.5:1) serta sistem bail automatik yang diperbuat dari besi tahan karat (stainless steel). Keseluruhan bahagian badan dan kotak gear Ryobi 44 diperbuat dengan teknologi die casting menggunakan logam aloy yang bermutu serta tahan karat membolehkan kekili ini mampu bertahan setelah sekian lama digunakan oleh pemancing. Geledung atau spool dari logam alloy berwarna hitam telah melalui proses "Anodizing" agar tahan karat dan kelihatan lebih kemas. 



Tuil anti-balikan (Anti-reverse lever)
disalut dengan lapisan krom

Ryobi 44 telah dilengkapi dengan "Spool" atau gelendung yang mempunyai kapasiti minimum untuk tali berkekuatan 8lb sepanjang 320 kaki. Dari pemerhatian yang telah dilakukan MTS mendapati terdapat beberapa model yang telah dikeluarkan oleh pengilang untuk siri ini dan semuanya berwarna hijau metalik.

Ryobi 23 - Aksi ringan
Ryobi 44 - Aksi ringan ke sederhana berat
Ryobi 244 - Tiada informasi buat masa ini.

MTS telah mengklasifikasikan model ini 'RARE" atau sudah jarang ditemui dan ianya hanya disimpan oleh pengumpul atau pengemar kekili lama yang meminatinya. Nilai pasaran untuk model ini adalah sekitar RM150 ke RM450 sebuah bergantung pada kondisi luaran dan mekanikal kekili yang hendak dijual oleh pemilik asalnya. Alat ganti Ryobi 44 susah untuk didapati serta mahal. 

RINGKASAN

MODEL : Ryobi 44
PEMBUAT/PENGILANG : Ryobi Limited, Japan
NEGARA PEMBUAT Jepun
TARIKH PENGELUARAN : Tahun 60an-70an
SPESIFIKASI KEKILI
Kekili Gegulung. Aksi Sederhana Air Tawar. Ratio 3.5:1. Keupayaan Geledung (Spool) 320 kaki/ 8 paun mono. Bail automatik dari besi tahan karat. Kotak Gear diperbuat dari besi yang berkualiti serta kuat. Geledung anodized tahan karat serta dilengkapi dengan sistem drag yang baik.


Sebahagian Komponen yang terdapat
pada Ryobi 44

Sistem Gear yang terdapat pada
Ryobi 44

Kedudukan drag washer


Tanda Buatan Jepun pada kaki kekili


Semoga informasi dapat memberi manafaat untuk semua.

Sekian terima kasih


Redza Ali
Tiny Fish Blogger
0172789574
gerapoh@gmail.com

#ryobi44
#malaysiasportfishing