Memaparkan catatan dengan label kerapu kolam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerapu kolam. Papar semua catatan

Selasa, 8 Disember 2015

Kerapu Kolam CNR Jugra

Permandangan Kolam Pancing air masin
CNR Jugra 
Pada hujung minggu yang lalu Team MTS telah berkunjung ke kolam rekreasi memancing air masin yang tidak asing lagi buat pengemarnya. Kolam CNR Jugra yang terletak di Banting, Selangor Darul Ehsan menawarkan pertarungan dengan spesis seperti Siakap, Senangin Taiwan, Kerapu serta GT bersaiz remaja. Objektif utama kunjungan pada kali ini adalah untuk merasai sendiri pertarungan dengan spesis Kerapu menggunakan set ringan sambil mempraktikkan kaedah penggunaan "soft Plastic" sebagai umpan tiruan.

Shimano Cynos 1000

Shimano Scorpion DC7 digabungkan dengan
Rod Max Catch

Secara ringkasnya Kerapu adalah spesis ikan  air  masin yang banyak mendiami kawasan perairan Malaysia terutamanya di kawasan berkarang, berbatu dan perairan hutan bakau. Tergolong didalam sub keluarga Epinephelinae dan menjadikan sotong, krustasia dan ikan lain sebagai makanan utama di habitat semulajadi. Keunikan spesis ini adalah pada kombinasi mulut dan insang yang besar sehingga mampu mewujudkan sistem injap penyedut yang hebat membolehkan mangsa buruan yang berada berhampiran akan disedut terus ke dalam mulut dengan sekelip mata. Kerapu bukan spesis perenang yang hebat seperti Senangin Taiwan dan GT namun begitu spesis ini  mampu memberi tentangan hebat dan bertenaga buat pemancing yang berjaya memujuknya. Terdapat beberapa spesis Kerapu yang biasa dilihat serta mendiami perairan disini seperti Kerapu Bara, Kerapu Bintik, Kerapu Tikus, Kerapu Harimau dan juga Kerapu bersaiz mega dipanggil Kertang (Giant Grouper). Kerapu juga terkenal sebagai hidangan istimewa di restoran-restoran makanan laut kerana rasa tekstur dagingnya yang sedap. Pada masa kini Kerapu telah banyak diternak oleh pengusaha-pengusaha akuakultur di Malaysia untuk tujuan komersil dan mempunyai permintaan yang tinggi untuk pasaran domestik serta eksport. 



Jepp bersama dengan hasil
pertamanya




Kami telah memulakan aktiviti  pada pukul 5 petang kerana menjangkakan waktu tersebut Sang kerapu akan aktif menyambar umpan. Setelah segala peralatan dipersiapkan maka umpan soft plastik dilontarkan sehingga ke tebing dan karauan secara perlahan dilakukan. Ianya adalah salah satu teknik yang sama digunakan oleh pemancing untuk menjerat siakap di kolam-kolam memancing air masin berbayar. Lontaran dan karauan perlahan soft plastik diteruskan begitu juga arah lontaran berubah-ubah bertujuan untuk menarik minat Sang Kerapu membaham umpan. Strike pertama berjaya diperolehi oleh Jepp setelah lebih kurang 15 minit memujuk di sekitar kawasan kincir. Kerapu seberat 4.2kg berjaya didaratkan oleh beliau dengan Set ringan yang digunakan walaupun terpaksa menerima asakan bertanaga semasa pertarungan. Aktiviti kami telah mengambil masa lebih kurang dua jam dan dalam waktu tersebut saya telah berjaya mendaratkan sebanyak 3 ekor Kerapu  manakala Jepp telah mendahului carta  dengan 5 ekor kerapu. Apa yang menarik pada hari ini kami dapat mempelajari teknik yang berkesan untuk memperdayakan spesis yang terkenal dengan asakan yang bertenaga semasa bertarung. Pemilihan warna soft plastik mengikut keadaan cuaca serta cara persembahannya juga memainkan peranan penting untuk menarik minat dan memperdayakan Sang Kerapu yang mendiami dasar kolam.


Bersama dengan hasil tangkapan


INFORMASI TAMBAHAN

Alamat Lokasi :-

Kolam Memancing Jugra
Kampung Ayer Tawar
42700 Banting
Selangor
Lokasi GPS : Google Map


Kolam CNR Jugra mengamalkan konsep tangkap dan lepas dengan kadar RM20.00 satu jam. Pengunaan gewang dan soft plastik adalah dibenarkan. Hasil tangkapan harus dilepaskan kembali ke kolam dengan kadar segera bagi mengelakkan ikan daripada mati.


GALERI MTS - KOLAM CNR JUGRA





malaya tackle shop
Kolam Kerapu

Senja di Jugra





Majulah Sukan Memancing  Malaysia

Redza Ali
#tinyfishblogger
0172789574
gerapoh@yahoo.com.my

#malayatackleshop
#biggrouper
#malaysianangler